Jumaat, 4 Mac 2011

Nama Sekolah yang pernah digunakan


NAMA-NAMA SEKOLAH YANG DIGUNAKAN


l  1925 : SEKOLAH MELAYU SIMPANG TIGA.
l  1953 : SEKOLAH MELAYU LELAKI PEKAN JABI.
l  1956 : SEKOLAH UMUM LELAKI PEKAN JABI.
l  1958 : SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN JABI.
l  1976 : SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ SERI MAHARAJALELA.













Senarai Nama Pentadbir Sekolah

SENARAI NAMA PENTADBIR SEKOLAH
  

1925 – 1931       : RAJA MUHAMMAD

1932 – 1935       : EN. OMAR BIN TALIB

1936 – 1948       : TN. HJ. ABU BAKAR BIN MA’ALIM

1949 – 1951       : EN. ISMAIL BIN MUHAMMAD

1952 – 1970       : TN. HJ. ABDULLAH BIN J.KETIK

1971 – 1985       : TN. HJ. HASSAN BIN MUHAMAMAD

1985 – 1989       : TN. HJ. ZAKARIA BIN HJ. MD. ARIS

1989 – 1995       : EN. RAMLI BIN HJ. YAAKOB

1995 – 1995       : EN. HUSSIN BIN ABD. GHANI

1996 – 2005       : EN. AINUN NAIM BIN IBRAHIM

2005 – 2012        : EN. MOHAMED ELHAM BIN MOHAMED SOHEH pis

2012 – KINI        : TN. HJ ISMAIL BIN MOHAMED

Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH

KAMI,
STAF SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ SERI MAHARAJALELA,
DENGAN INI BERIKRAR,
AKAN :-

a)   BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH MENYEDIAKAN PENDIDIKAN YANG BERKUALITI.

b)   BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH MENERAPKAN DAN MENENTUKAN NILAI-NILAI MURNI DIAMALKAN.


c)    SEDAYA UPAYA MENGHAYATI DAN MENGAMALKAN KONSEP KEMESRAAN DAN KESOPANAN.

d)   MEMBERIKAN LAYANAN KEPADA SETIAP PELANGGAN DENGAN KEMESRAAN DAN KESOPANAN.


e)   BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH MENENTUKAN TAHAP KECERIAAN SEKOLAH DI TAHAP CEMERLANG.

Falsafah Dan Matlamat Sekolah

FALSAFAH


ü  SETIAP PELAJAR BERPOTENSI UNTUK BERKEMBANG MAJU DAN MENCAPAI KECEMERLANGAN BERTERASKAN KONSEP PADUAN IMAN, ILMU DAN AMAL SOLEH UNTUK MENJADI INSAN YANG SEIMBANG DARI SEGI ROHANI, JASMANI, EMOSI DAN INTELEK BERASASKAN TAQWA KEPADA ALLAH.


ü  TUJUANNYA IALAH UNTUK MELAHIRKAN PELAJAR YANG BERILMU PENGETAHUAN, BERAKHLAK MULIA, GIGIH, KREATIF, INOVATIF DAN BERTANGGUNG JAWAB KEPADA DIRI, KELUARGA, AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.



MATLAMAT


ü  SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ SERI MAHARAJALELA AKAN MELAHIRKAN PELAJAR YANG LULUS UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 100% DISAMPING BERJAYA DALAM BIDANG KOKURIKULUM SEKURANG-KURANGNYA TEMPAT KETIGA DALAM PERTANDINGAN DI SEMUA PERINGKAT.

Rabu, 2 Mac 2011

Lencana Sekolah


  • Tinggi lencana rasmi ialah 3.5 cm manakala lebarnya pula 2.5 cm
  • Penjelasan warna dan objek adalah seperti berikut:
BIRU
- Perpaduan murid dan guru


MERAH
- Berani menghadapi cabaran

PUTIH
- Kesucian dan kemurnian

KUNING
-  Bercita-cita untuk mencapai kejayaan

HIJAU
- Kemegahan dan kebanggaan hidup.




KOMPUTER DAN BUKU ::
Sekolah adalah tempat untuk mencari ilmu dan juga mendidik, membimbing  murid ke arah masa depan yang gemilang.

TIGA BULATAN :: 
Menggambarkan tiga komponen bersepadu iaitu staf sekolah, komuniti sekeliling dan kerajaan dalam membina dan memperkasakan sekolah.

COGAN KATA ::
Belajar Ke Arah kecemerlangan belajar dengan tekun, tabah, bersungguh - sungguh untuk kecemerlangan dalam pelajaran.

Visi Dan Misi Sekolah

VISI SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ SERI MAHARAJALELA AKAN MENJADI SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG


MISI SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ SERI MAHARAJALELA SENTIASA BERUSAHA MEMPERKEMBANGKAN POTENSI INDIVIDU PELAJAR MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI


MOT0

MELAHIRKAN INSAN KE ARAH KECEMERLANGAN DENGAN MENYAHUT
7 CABARAN :-

1 – Memperkasakan kepimpinan sekolah

2 – memperkasakan pemimpin pertengahan

3 – Memperkasakan sumber manusia sekolah

4 – Memperkasakan pemantauan

5 – Memperkasakan pengurusan akademik

6 – Memperkasakan potensi murid

7 – Memperkasakan khidmat sokongan  PIBG / Komuniti 



Lagu Sekolah


LAGU SEKOLAH
Belajar Ke Arah Kecemerlangan


Belajar ke arah kecemerlangan,
Itu ikrar kami yang membara,
Belajar dengan penuh keazaman,
Demi mencapai cita-cita,
Masa depan kami perjuangkan,
Siap sedia sepanjang masa,
Tak akan kami semua persiakan,
Visi Misi pasti terlaksana,
Kerana mu sekolah ku,
Dato’ Seri Maharajalela ,
Kan kami ukir nama mu,
Di persada negara,
Ayuh semua kita bersama,
Jayakan cita mulia,
Majulah selamanya,
Majulah sekolah ku,
Majulah selamanya,
Majulah sekolah ku.

Lokasi Sekolah


Lokasi Sk Dato' Seri Maharajalela





View Larger Map

Sejarah Penubuhan Sekolah



 §  Sekolah Kebangsaan Dato’ Seri Maharajalela, Segamat mula beroperasi pada tahun 1925. Bangunan awal sekolah ini terletak di Kampung Bumbun, Pekan Jabi yang juga dikenali sebagai Sekolah Melayu Simpang Tiga. Ketika itu, Sistem Persekolahan dijalankan secara pengasingan murid lelaki dengan murid perempuan sehinggalah sebuah bangunan baru setingkat menggunakan bahan kayu disiapkan pada tahun 1958 dan diberi nama baru iaitu Sekolah Kebangsaan Pekan Jabi. Sebelum itu, sekolah ini telah bertukar nama sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1953, sekolah ini dinamakan Sekolah Melayu Lelaki Pekan Jabi dan pada tahun 1956, sekali lagi namanya ditukar kepada Sekolah Umum Lelaki Pekan Jabi.


§  Fakta Sejarah, Asrama Pusat Segamat adalah tapak awal Sekolah Kebangsaan Pekan Jabi sehingga pihak Kementerian ( Kerajaan ) menggantikan dengan tapak baru di lot 247/PTD 306 untuk didirikan bangunan baru dua tingkat ( Blok A)  pada tahun 1980 yang diberi nama Sekolah Kebangsaan Dato’ Seri Maharajalela dan dilakukan perasmian oleh Yang Berhormat Dato’ Musa Bin Hitam, Menteri Pelajaran Malaysia.

§  Tahun 1985, satu Blok (B) tambahan bangunan dua tingkat dibina dan tahun 2001 Bangunan Blok (C) tiga tingkat dibina lagi untuk menampung keperluan Pengajaran Dan Pembelajaran yang lebih kondusif.

§  Makluman Fakta Sejarah : Sekolah Kebangsaan Dato’ seri Maharajalela mendapat nama dari Seorang Tokoh Tempatan yang meneroka petempatan baru diberi nama Kampung Jabi bernama Mohd Salleh yang telah dianugerahkan gelaran Dato’ Seri Maharajalela. Beliau berasal dari Bonjol, Indonesia yang menyeberangi Selat Melaka pada tahun 1803 bersama tiga sahabatnya menuju ke Kuala Muar dan terus mudik ke Sungai Kapeh dan bermalam di Telok Rambai. Dari petempatan awal ini, ia berkembang pesat sehingga menjadi sebuah pekan diberi nama Pekan Jabi.

Pengetahuan umum : Sekolah ini telah pun merayakan Jubli Emas Tahun 1975 dalam usia penubuhan 50 tahun dan dirasmikan oleh Yang Berhormat. Dato’ Dr. Mahathir Bin Mohamad, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu

Selasa, 1 Mac 2011

Logo Organisasi

Klik kanan tetikus, kemudian klik " save image as" unuk memuat turun gambar

LOGO SK DATO SERI MAHARAJALELA




LOGO KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

LOGO JABATAN PELAJARAN JOHOR



JATA NEGARA MALAYSIA




LOGO PPD SEGAMAT JOHOR