Rabu, 2 Mac 2011

Sejarah Penubuhan Sekolah



 §  Sekolah Kebangsaan Dato’ Seri Maharajalela, Segamat mula beroperasi pada tahun 1925. Bangunan awal sekolah ini terletak di Kampung Bumbun, Pekan Jabi yang juga dikenali sebagai Sekolah Melayu Simpang Tiga. Ketika itu, Sistem Persekolahan dijalankan secara pengasingan murid lelaki dengan murid perempuan sehinggalah sebuah bangunan baru setingkat menggunakan bahan kayu disiapkan pada tahun 1958 dan diberi nama baru iaitu Sekolah Kebangsaan Pekan Jabi. Sebelum itu, sekolah ini telah bertukar nama sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1953, sekolah ini dinamakan Sekolah Melayu Lelaki Pekan Jabi dan pada tahun 1956, sekali lagi namanya ditukar kepada Sekolah Umum Lelaki Pekan Jabi.


§  Fakta Sejarah, Asrama Pusat Segamat adalah tapak awal Sekolah Kebangsaan Pekan Jabi sehingga pihak Kementerian ( Kerajaan ) menggantikan dengan tapak baru di lot 247/PTD 306 untuk didirikan bangunan baru dua tingkat ( Blok A)  pada tahun 1980 yang diberi nama Sekolah Kebangsaan Dato’ Seri Maharajalela dan dilakukan perasmian oleh Yang Berhormat Dato’ Musa Bin Hitam, Menteri Pelajaran Malaysia.

§  Tahun 1985, satu Blok (B) tambahan bangunan dua tingkat dibina dan tahun 2001 Bangunan Blok (C) tiga tingkat dibina lagi untuk menampung keperluan Pengajaran Dan Pembelajaran yang lebih kondusif.

§  Makluman Fakta Sejarah : Sekolah Kebangsaan Dato’ seri Maharajalela mendapat nama dari Seorang Tokoh Tempatan yang meneroka petempatan baru diberi nama Kampung Jabi bernama Mohd Salleh yang telah dianugerahkan gelaran Dato’ Seri Maharajalela. Beliau berasal dari Bonjol, Indonesia yang menyeberangi Selat Melaka pada tahun 1803 bersama tiga sahabatnya menuju ke Kuala Muar dan terus mudik ke Sungai Kapeh dan bermalam di Telok Rambai. Dari petempatan awal ini, ia berkembang pesat sehingga menjadi sebuah pekan diberi nama Pekan Jabi.

Pengetahuan umum : Sekolah ini telah pun merayakan Jubli Emas Tahun 1975 dalam usia penubuhan 50 tahun dan dirasmikan oleh Yang Berhormat. Dato’ Dr. Mahathir Bin Mohamad, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu

Tiada ulasan: